Komen Sharifah Zarina Bagi Penjelasan Kepada Blogger





Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yg memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yg perlu dijadikan iktibar.

Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yg telah memalukan & menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis.

"Saya tahu siapa dia & alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar & penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi.

"Saya juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yg berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka.

"Cara mereka mencuri gambar & meletakkannya pada cerita yg salah telah menyebabkan saya & keluarga menanggung malu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Sharifah Zarina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di sebuah program hiburan tentang penyalahgunaan gambar penyanyi ini oleh sebuah blog hiburan.

Blog hiburan bernama Jom sembang tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yg mengaibkan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top