Mengapa Adira Memadam Semua Gambar Kekasihnya?




Jika sebelum ini heboh mengatakan hubungan cinta di antara penyanyi Adira Suhaimi & kekasihnya, Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin telah berantakan gara-gara tindakan Adira memadamkan semua gambar jejaka tersebut dalam laman Instagramnya, baru-baru ini.

Malah, dengan tidak semena-mena nama pelakon seksi Lana Nodin pula timbul dikaitkan sebagai punca kepada perpisahan mereka.

Menerusi laporan sebuah akhbar hari ini, Adira menjelaskan perkara ini dengan berkata, “saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yg tidak dipadamkan”.

Adira juga mendedahkan hubungannya dengan jejaka tersebut masih lagi baik & berjalan seperti biasa.

Penyanyi kelahiran Sabah ini juga tidak menafikan mereka mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa perkahwinan sekiranya mempunyai rezeki & jodoh di masa hadapan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top