Menjelang Saat Perkahwinan Puteri Sarah




Sejak berita pernikahan mrk didedahkan pihak media, baik Syamsul Yusof mahupun Puteri Sarah Liyana tidak pernah memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu di mana-mana media.

Namun, menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Puteri Sarah, 29, mengakui dia tidak tertekan walaupun tarikh pernikahannya sudah semakin dekat.

Menurutnya lagi, persiapan menjelang hari bahagianya itu juga sudah hampir 60 peratus siap.

“Benar, kami akan bernikah pd 8 Mac ini. Buat masa ini, persiapan majlis itu banyak dibantu keluarga & rakan,” katanya.

Puteri Sarah & Syamsul akan mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan pd malam hari pernikahan bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Manakala, majlis sambut menantu pula akan diadakan pd 18 April di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top