Nicol Queen Memeluk Agama Islam





Saya adalah seorang gadis Amerika yg berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam.


Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yg menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yg merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini.

Tuhan adalah matlamat utama & saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yg memberi ceramah tentang Islam di Amerika, & juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.

Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yg telah berkahwin & dikurniai seorang putera.

Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yg pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yg sia-sia demi untuk memenuhi impian & keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam.

Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yg lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yg menoleh ke belakang di dalam pelayaran & mengatakan “Aku tidak percaya yg diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yg saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut & saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.

Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’, mencari & bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini

Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim & Islam meningkat dengan mendadak & kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yg kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya.

Apa yg menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.

Keseronokan yg diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan & dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yg menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yg lena & berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yg baru.

Diri kamu yg dulu hanyalah pelanduk dua serupa yg tiada berjiwa. Inilah diri kamu yg sebenar, bersih & bercahaya, yg kamu ingin bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yg berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yg bakal mendatang.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top