Panas Neelofa Bergaduh Dengan Wak Doyok


Tak dapat dinafikan, nama Wak Doyok kini semakin popular di Malaysia meskipun dia bukanlah artis terkenal.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yg merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) yg dikenakannya.

Sebelum dikenali umum, Wak Doyok yg tampil dengan imej bermisai & berjanggut tebal ala maskulin era Inggeris 60-an sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan pencinta & pereka fesyen.





Mungkin sebab itulah, Wak Doyok kelihatan ‘sentap’ apabila Neelofa tidak mengenalinya ketika menghadiri Anugerah Meletop Era, sebelum ini.

Ternyata dia sakit hati apabila Neelofa secara terang-terangan bertanya kepada Nabil, “Eh dia bukan from Indonesia ke?”

Maka hari ini, Wak Doyok telah memuatnaik satu status mengejek Neelofa yg diketahui umum, teruk kena kritik kerana memakai fesyen ala Power Rangers pada malam anugerah bersama status berbunyi, “Suka mengata orang? Kan dah kena diri sendiri. Aku lahir di Malaysia & bangga jadi rakyat Malaysia. Suke!!”

Bagaimanapun, tindakan Wak Doyok ini nyata tidak dipersetujui beberapa pengikut Instagramnya sendiri.

Bagi mereka Neelofa tidak bermaksud mahu mengata Wak Doyok tetapi terkeliru dengan pelawak Indonesia yg juga bernama Doyok.

Dalam hal ini, rasanya Neelofa memang silap kerana tidak membuat research hingga mengeluarkan kenyataan yg melukakan hati Wak Doyok.



Tapi Wak Doyok pun, tak patutlah mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengejek Neelofa secara umum.

Senang cerita dua-dua ada silap masing-masing & wajar bermaaf-maafan…

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top