Panas Uqasha Dan Pekin Putus Akhirnya ?





Rasa macam masih baru lagi kisah mengenai sensasi keretakan hubungan cinta antara pelakon, Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose seperti mana pernah dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, dek salah faham yg turut memalit nama Sharnaaz Ahmad, dalam kemelut itu, semuanya kembali seperti sedia kala.

Itu kisah sekitar Oktober tahun lalu. Kemesraan makin diyakini apabila Pekin membawa bersama Uqasha pada sidang media mengumumkan Pekin sebagai finalis Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 pada 22 Januari lalu. Uqasha turut setia menemani cinta hatinya sebagai tanda sokongan.

Namun, baru-baru ini, khabarnya pasangan ini kembali berantakan. Sukar dipastikan apakah ia masih lagi sekadar sandiwara atau memang benar mereka sudah berpisah.

Lalu kedua-duanya dihubungi petang Rabu lalu. Namun, jawapan diperoleh daripada diri masing-masing agak mengelirukan.

Kata Uqasha apabila ditanya sama ada hubungannya dengan Pekin sudah berakhir,

Ya (hubungan kami sudah berakhir). Dia (Pekin) minta putus 2 hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman & itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri kepadanya.

Hasrat kami nak berkahwin pada tahun ini juga nampaknya takkan menjadi kenyataan. Saya hanya mampu berserah & reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir & jodoh itu sendiri rahsia Tuhan. Sementara itu Pekin pula berkata yg hubungan mereka masih OK. Kata Pekin,

Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yg kata kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan & tarikh kahwin juga masih belum dapat ditetapkan lagi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top