Pengumuman Fizz Fairuz Buat Almy Nadia Terkejut



Pengumuman Fizz Fairuz Buat Almy Nadia Terkejut- Dan bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang.

“Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya”

BACA: Fizz Fairuz Umum Bakal Nikah Almy Nadia 30 Mei Ini

“Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga,” ujar Almy Nadia kepada Harian Metro hari ini.

Menerusi portal hiburan GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini.

“Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia,” ujarnya.

Fizz Fairuz semalam mendedahkan yang beliau akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini di kediaman bakal pengantin perempuan di Pulau Pinang dan turut berkata yang mereka sudah pun bertunang pada Oktober tahun lalu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top