Perangai Fazura Dibenci Rakan Artis?


Fazura


Aktress berbakat dan popular, Fazura sememangnya cukup dikenali dalam industri hiburan tanah air kerana kejayaannya dalam dunia seni selain memiliki rupa paras yang cantik menawan. Walaubagaimanapun, perkara tersebut masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Terbaru sebuah laporan yang disiar oleh akhbar Harian Metro menyatakan bahawa Fazura dilabel sebagai 'artis muka cantik, tetapi perangai buruk'. Berikut merupakan laporan penuh yang diambil daripada kenyataan akhbar berkenaan:
SS semakin naik menyampah dengan perangai seorang artis yang merasakan dirinya insan terbaik di muka bumi, tetapi suka bercakap buruk mengenai orang lain.

Sikap artis itu seperti budak sekolah dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik perbincangan ramai pihak di laman sosial.

Siapa tidak meluat dengan perangai artis berkenaan yang ada masalah perasaan diri bagus kerana sering merasakan orang lain meniru gayanya.

Bukan setakat itu, artis ini turut terkenal dengan beberapa isu pergaduhan dengan beberapa wanita dan selebriti.

Setiap kali terasa terhadap seseorang, artis berkenaan pasti meletakkan status yang ‘semacam’ di laman sosialnya.

Mana-mana pembaca yang berani tegur perbuatannya itu pasti ‘diselar’ peminat tegar yang menyokong apa saja artis berkenaan lakukan.

Mungkin artis ini kurang keyakinan diri sehingga merasakan semua orang di sekelilingnya terutama selebriti wanita adalah ancaman.

Selalunya individu yang berkelakuan seperti ini disebabkan kesunyian jadi menginginkan perhatian daripada semua orang.

Apa gunanya muka cantik, banyak duit tetapi perangai ke laut, langsung tidak menampakkan ciri-ciri hormat dan kesopanan.

Bagi kami mungkin laporan ini tidaklah menggambarkan keadaan sebenarnya kerana seseorang yang benar-benar mengenali Fazura pasti tahu bagaimana kelakuan dan hati budinya.

Jika terdapat salah faham, seeloknya dibincangkan bersama secara bersemuka dan elakkan daripada terus menjaja sebarang kisah negatif di laman sosial ataupun media massa yang kelak akan mendatangkan lebih banyak perkara buruk yang lain.

Tambahan pula, industri seni Malaysia tidaklah besar mana. Kalau artis sendiri sibuk nak bergaduh dan bermasam muka sampai bila industri hiburan di negara kita bertambah maju dan berjaya seperti negara-negara lain.

Fikirkan..

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top