RM1000 Sehari Cara Mudah




Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yg menjadikan pelanggan restoran & kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching & Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yg mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yg menjadi sasaran & mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim & miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yg beroperasi di Filipina, gadis terbabit yg ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat & baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yg melanda negara itu, baru-baru ini.

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama & jumlah sumbangan penderma.

Jadi awas semua, jangan terpedaya sangat dengan wajah cantik manis yang merayu meminta derma okey....

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top