Saat Seseorang Itu Memeluk Islam




 
Pada mulanya saudara baru ini hadir bersama seorang lelagi Cina muslim, seorang pakcik tua. Lihatlah bagaimana seorang yg baru memeluk Islam begitu gigih menarik rakannya yg belum Islam agar menerima Islam. Saya sempat bertanyanya, kenapa ingin memeluk Islam. Katanya, dirasakan semuanya mudah dengan Islam, tiada yg susah.

Disambung dengan tazkirah oleh Ustaz, bagaimana kita harus melakukan dakwah. Kadang-kadang mereka mahukan Islam, tapi kita tidak menyentuh mereka.

Ustaz menceritakan pengalamannya memandu uji kereta (test drive) di Selayang. Sambil test drive, dia berdakwah kepada salesman tersebut. Dia bertanya: “Siapa Tuhan kamu? Bolehkah Tuhan kamu mencipta lalat?” Salesman tersebut tidak dapat menjawab. Sambungnya lagi, “Tuhan saya bukan setakat lalat, seluruh alam ini Dia yang cipta,”

Akhirnya Salesman Cina tersebut memeluk Islam.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top