Serius Dalam Mencari Calon Isteri - Johan As'ari


Kini beliau begitu serius dalam mencari pasangan hidup selepas bermacam-macam masalah dialami.

Malah ia turut mengundang kontroversi, terutama apabila membuat pengakuan jatuh cinta ekspres & mahu memperisterikan pelakon, Lana Nordin.

Tidak cukup dengan itu, Johan turut dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah. Namun, semua kisah itu sudah berlalu. Bagi empunya diri, semua kisah terbabit kini tinggal sebagai pengalaman hidup.

“Cukuplah semua kisah itu. Saya anggap ia sebagai asam garam hidup & ketentuan buat saya,” katanya kala diminta mengulas dakwaan kononnya beliau terlalu mudah jatuh cinta.

“Saya juga mempunyai ibu, kakak & adik perempuan. Jadi saya tidak pernah terfikir untuk memainkan golongan ini.”



Walaupun begitu masih ada yg tidak mempercayai kata Johan ini. Terpulanglah....itu hak tersendiri, apa yg penting perkara yg lepas telah berlalu & sedikit sebanyak pasti ia meninggalkan kesan. Kami percaya Johan akan belajar dari semua ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top