Siapakah Iedil Putra Sebenarnya





Pelakon, Iedil Putra menafikan dia menggunakan nama abangnya iaitu Tengku Iesta Tengku Alauddin yg merupakan Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang seni.

“Bagi saya kehadiran saya dalam bidang seni ini adalah untuk kerja serta minat yg mendalam dalam lakonan. Saya ingin dikenali kerana kredibiliti saya sebagai seorang pelakon malah saya juga melalui sesi ujibakat untuk mendapat sesuatu kerja itu,” ujar Iedil ketika ditemui di majlis pelancaran Autumn Di Hatiku 2 di Restoran The Bee, di sini, petang Khamis.

Iedil atau nama penuhnya,Tengku Iedilzuhri Putra Alauddin memulakan kerjaya seawal usia 8 tahun lagi. Namun, dia lebih aktif menerusi pementasan teater yg bersifat indie. Jelas jejaka ini dia enggan menggunakan pengaruh sesiapa sebaliknya lebih selesa untuk mementingkan profesionalisme dalam kerjaya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top