Sorok Pertunangan Untuk Elak Fitnah - Almy Nadia



Sorok Pertunangan Untuk Elak Fitnah - Almy Nadia | "Saya bukan sengaja merahsiakan pertunangan kami pada tahun lalu, ia adalah permintaan kedua-dua keluarga agar tidak timbul perkara yang tidak diingini," demikian kata Almy Nadia mengenai pertunangan rahsianya pada 22 Oktober 2013 dengan Fizz Fairuz.

Menurut Almy, ia dilakukan demi mengelak hubungan mereka berdua terjejas ekoran ada pihak yang berasa kurang senang dengan kebahagiaannya.
"Perkara seperti ini, ada orang suka ada juga yang tidak suka, sebab itu saya lebih selesa ia diumumkan selepas kad jemputan kahwin siap nanti. Tapi Fizz telah umumkannya awal," ujarnya kepada media.

Untuk info, Fizz Fairuz pada semalam mengumumkan akan menikahi Almy pada 30 Mei ini di kediaman wanita itu di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada 31 Mei di Hotel Vistana, juga di Pulau Pinang.

Sementara bagi majlis menyambut menantu pula ia akan diadakan di Raub, Pahang pada Jun depan.

Menjelaskan lebih lanjut, alasan Almy, selepas apa yang berlaku selama lapan tahun hubungan mereka, dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada menghebohkan perkara baik tersebut.
"Selepas berbagai perkara yang terjadi selama lapan tahun hubungan kami, saya lebih berhati-hati untuk bercakap.

"Apa-apa pun kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya," kata Almy.

Untuk persiapan perkahwinan, menurut Almy setakat ini dia ada menerima beberapa tajaan untuk majlis resepsi mereka.
"Ada beberapa tajaan namun masih belum disenaraikan semua lagi, saya tidak mahu ada yang berkecil hati jika tidak disebut, jika sudah ada senarai penuh saya akan beritahu,” ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada MStar.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top