Tahukah Anda Garam Merupakan Sunnah Rasulullah?





Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum & selepas makan kini dibuktikan oleh para saintis bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan & menghindarkan perut dari menyerap racun.

Dari Abdullah Bin Umar
”Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air & garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya. Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ;”Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam ."

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yg bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yg bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yg sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu & secubit garam atau air suam & secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan & seumpamanya – minum air suam & sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam & satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yg buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top