Tasha Shilla Jalani Pembedahan Besarkan Punggung?


Selain hangat dengan kontroversi kononnya Tasha Shilla cium kekasih di Anugerah Meletop Era (AME),  dia juga turut dituduh melakukan sesuatu pada aset wanitanya untuk tampak lebih menonjol. Tasha Shilla didakwa mengenakan padding pada bahagian punggung serta dada nya untuk menarik perhatian ramai.

Nampaknya Neelofa tidak keseorangan menjadi mangsa kritikan serta kutukan peminat fesyen tanah air kerana Tasha Shilla turut diajukan soalan yang pedas dan bertubi-tubi sehinggalah ke hari ini.

Walaubagaimanapun, sememangnya tidak dapat dinafikan busana yang dipakai oleh Tasha pada malam itu nampak cantik dan tiada cacat cela, serta berjaya menyerlahkan bentuk badannya yang seksi dengan sempurna sekali.

Tetapi, timbul pula spekulasi yang mengatakan Tasha memakai padding supaya bahagian dada dan punggungnya kelihatan lebih menonjol.

Tasha Punggung Lentik

Menurut portal hiburan OhBulan, Tasha Shilla tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak berasas tersebut. Dia memberikan penjelasan mengenai bentuk tubuh badannya sendiri supaya tidak disalah anggap oleh orang ramai. Berikut kenyataan Tasha sendiri:
Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.

Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat.

Dalam masa yang sama, Tasha juga sempat menyentuh cerita mengenai perhubungannya dengan seorang jejaka yang kini dianggap sebagai teman rapat sahaja.

Tasha Shilla
Memang saya berkawan rapat dengan dia. Untuk beritahu yang kami bercinta atau dia kekasih saya, itu mustahil. Sebab bagi saya, selagi kami belum berkahwin lebih elok rasanya saya katakan kami sedang berkawan dan saya bahagia sekarang ni.

Mengenai perkembangan kerjayanya pula, Tasha Shilla kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama berjudul Gerimis Salju Naminara di samping Afiq Muiz dan Nazim Othman sehingga bulan April sebelum memikirkan untuk menerima tawaran lain pula selepas ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top