Tawaran Dari Playboy Ditolak Amat Rugi Bagi Margot Robbie




Margot Robbie telah menolak tawaran Hugh Hefner untuk penggambaran foto muka depan majalah Playboy demi keluarganya.
 
Dipetik drpd laporan The Sydney Morning Herald, Robbie dlm satu temubual bersama sebuah stesen radio di New Zealand, The Edge berkata ianya agak keterlaluan untuk keluarganya lebih-lebih lagi selepas dia tampil bogel dalam filem "The Wolf Of Wall Street" yg turut dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio.

"Sudahlah, terlalu banyak yg keluarga saya telah lalui."

Walaubagaimanapun Robbie memberitahu, dia akan memikirkan tawaran bergambar untuk Playboy itu apabila usianya meningkat atau kariernya semakin 'suram'.

Aktres berusia 23 tahun ini yg memegang watak sebagai isteri kepada Jordan Belfort, Norman Lapaglia dalam filem tersebut turut memberitahu, dia tidak menyesal dengan babak-babak panas itu.

"Apabila saya berusia 50-an, saya akan imbas kembali & berkata kepada anak-anak, "Whoop whoop, lihat betapa hebatnya ibu kamu"," katanya.

Babak panas Robbie dalam filem tersebut telah mendapat perhatian pengasas Playboy itu walaupun pada mulanya dia tidak mengetahui nama aktres asal Australia ini.

"Hantarkan pesanan kepadanya! Kami sudah bersedia untuk dia. Dia pasti kelihatan hebat," ujar Hefner kepada Us Weekly.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top