Terkini Fizo Dan Mawar






Sejak mendirikan rumahtangga, pelakon & pengacara, Fizo Omar akui akan sentiasa membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja untuk meluangkan masa bersama sebaik mungkin.

Fizo Omar berkata dia tidak kisah jika ada pihak yg kurang senang dengan tindakannya yg sering mengusung bersama isterinya, Mawar ke mana-mana majlis kerana akui mereka sedang melalui fasa percintaan selepas kahwin.

"Mestilah Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Kami kan baru nak merasa bercinta walaupun dah berkahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama.

"Lagi pun saya mahu sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yg bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

"Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yg berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top