Ummi Nazeera Bercinta Dengan Anak Datuk K




Adakah benar perkhabaran terbaru yg mengatakan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Ummi Nazeera?

Kalau betullah, memang takde salahnya kerana kedua-duanya pun masih lagi solo & belum berteman.

Siti pun tidak menghalang sekiranya benar Adib & Ummi kini sedang menjalinkan hubungan istimewa di antara mereka.

Memetik kenyataan mStar, Siti menjelaskan dia tidak menghalang sekiranya betul mereka berpacaran.

“Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar & boleh membuat keputusan sendiri,” ulas Siti.

Perkara ini tercetus gara-gara kehadiran Adib yg hadir bersama Ummi ketika memberikan sokongan pada konsert amal Siti ‘Where The Heart Is’ yg berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, pernah timbul gosip mengatakan Adib meminati pelakon baru MIG, Nina Iskandar namun dinafikan oleh empunya badan menerusi laman Twitternya sendiri.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top