Yana Samsudin Berhajat Keluar Dari MIG






Malah, penat lelah 'tauke'nya, Mejar (K) David Teo, dalam memperkenalkan nama, Yana Samsudin, 28, membuahkan hasil apabila bintang ini kini berada dalam kelas yg tersendiri.

Terkenal menerusi filem-filem terbitan MIG termasuk, Adnan Sempit, Wawa Semput & Bini-Biniku Gangster, nama Yana sebaris dengan pelakon ternama.

Namun kini, tiba masanya untuk Yana membuat keputusan bergerak sendiri tanpa dibayangi syarikat penerbitan itu.

Menurut anak jati Johor ini, setelah 11 tahun bersama MIG, kini dia memilih untuk menguruskan kerjaya seninya sendiri.

"Pada 26 Februari ini, tamatlah kontrak saya bersama MIG. Ini bermakna, saya menjadi artis residen syarikat itu selama 11 tahun.

"Setelah memikirkan perkara ini masak-masak, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri & perkara ini turut mendapat 'restu' daripada David.

"Lagipun, ia adalah perkara yg normal & saya mengakhiri kontrak ini tanpa ada apa-apa kontroversi ataupun pergaduhan," katanya yg pernah dilabel 'anak emas' MIG.

Tambah wanita yg diberi jolokan, Primadona Mainstream Future Film ini, sepanjang berada di MIG, dia memperbaharui kontrak setiap lima tahun.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top