Zizan Raja Lawak Minta Tempoh Setahun Untuk Nikah Emma Maembong


Zizan-Emma-Kahwin

Kami tidak pasti sama ada ini berita gembira buat para die hard fans Zizan dan juga Emma tetapi apa yang kami pasti berita ini pastinya dinantikan oleh ramai orang terutamanya peminat dunia hiburan tanah air.

Baru-baru ini pelbagai kontroversi berkaitan pasangan ini timbul satu demi satu selepas mereka bersama rakan artis yang lain pulang daripada pergi bercuti di sekitar Amerika Syarikat.

Akhirnya Zizan mengambil langkah bijak dengan memberikan satu tempoh waktu buat dirinya bersedia sepenuhnya sebelum bernikah dengan gadis pilihan, sama ada Emma Maembong atau orang lain, itu tidak pasti lagi.

Menurut Zizan, dia hanya akan kahwin dalam tempoh setahun demi kerjayanya sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi filem Cicakman 3.

Selanjutnya, mengenai gosip kononnya dia dan Emma bersekedudukan, Zizan menganggap ia sebagai cabaran besar seorang selebriti. Dia akui sedikit kecewa walaubagaimanapun redha dengan dugaan apabila bergelar anak seni.
"Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki dan saya hanya jawab dengan tenang.

"Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yang buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yang saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

Zizan dan Emma

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top