Zizan Razak Mengamuk Kerana Isu Bersekedudukan




Zizan Razak menyelar individu yg mendakwa jirannya apabila menuduh dia & Emma Maembong bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Menurut Zizan, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.

"Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan lebih elok individu tersebut datang berjumpa saya sendiri & minta penjelasan & bukannya menyebarkan fitnah.

"Dalam Islam sendiri menegah kita membuka aib seseorang kepada orang lain apatah lagi dengan membuat fitnah seperti itu," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Zizan mengakui Emma ada bertandang ke rumahnya tetapi ketika ibu & ahli keluarga lain berada di rumah.

Jelas Zizan, dia bukan tinggal bersendirian di rumah tersebut sebaliknya abang & pembantu peribadinya turut tinggal bersama.

"Ibu saya sering berada di rumah berkenaan & Emma hanya akan datang sekiranya ibu saya ada di sana untuk melawat & bertanya khabar. Tidak masuk akal mengatakan kami tinggal bersama," katanya.

Jelas Zizan, walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan namun dia tidak cepat melatah kerana ibunya lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar.

"Ibu tahu segala-galanya mengenai saya & dia sering menasihati saya supaya bersabar menempuh dugaa.

"Ibu lebih percayakan saya sebab saya tak pernah sorok apa-apa pun daripadanya," kata Zizan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top