Breaking: Pesawat #MH370 Sah Dirampas



Breaking: Pesawat #MH370 Sah Dirampas | Selepas seminggu kejadian kehilangan pesawat Boeing 777 milik MAS yang dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China dilaporkan kini terdapat satu berita yang agak mengejutkan.

Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan dan dikhabarkan semakin rancak dilakukan oleh anggota-anggota yang terlibat dalam membantu negara kita menjalankan operasi SAR (search and rescue) tersebut.

Dan menurut portal online MalaysiaKini, pesawat tersebut sudahpun disahkan dirampas dan dibawah ini adalah laporan penuh yang diambil dari web mereka melalui pautan http://m.malaysiakini.com/news/257155

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar pada tengahari.

UPDATE TERKINI:

Kemungkinan Pesawat Dirampas Sedang Disiasat Dengan Teliti

KUALA LUMPUR: Berdasarkan data satelit baru, dua koridor lokasi komunikasi terakhir mungkin di sempadan Kazakhstan, Turkmenistan atau Indonesia ke Lautan Hindi Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama.

Beliau yang mengendalikan sidang media untuk kali kedua sepanjang kehilangan MH370 juga menyatakan bahawa ,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya.

“Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja. Siasatan kini tertumpu kepada latar belakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas,” kata Najib kepada pemberita sebentar tadi.

Najib menambah, mengikut data radar, pesawat dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.

Terdahulu, misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac dan dijadual tiba di Beijing jam 6.30 pagi.


LAPORAN LANGSUNG

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM Najib Razak hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

"Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan," katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

Ini adalah kali kedua Najib muncul dalam sidang media khas berhubung isu pesawat MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu.

1.41pm: Wartawan semakin gelisah menunggu PM memulakan sidang media dan mengisi masa dengan berbual-bual dan bertukar maklumat sesama sendiri.

Suasana dalam dewan tersebut kembali senyap beberapa kali apabila pintu utama auditorium dibuka. Namun masih belum ada kelibat Najib.

1.30pm: Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang turut hadir dalam sidang media hari ini. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top