Gambar Terbaru MH370 Tidak Rosak




Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yg dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yg kini bercanggah dengan informasi terdahulu yg mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.
Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.
“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference(perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.
Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yg telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.
“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. 
 
Ayuh doakan MH370 dalam keadaan yang selamat..

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top