Joging Untuk Mudah Bersalin?


Walaupun dirinya sdg sarat hamil, ia tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dlm pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini.



Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan & percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti.

“Saya pelari yg bersemangat & tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil.

“Saya berlari mengikut kesesuaian & tidak memaksa diri,” katanya.

Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yg dikandung sihat.

Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yg berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yg aktif berlari boleh mengambil bahagian dlm sukan lumba lari ketika hamil.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top