Kronologi Lengkap Peristiwa Pesawat Boeing 777-200 Milik Malaysia Airlines (MAS #MH370) Hilang Tanpa Dikesan


Kronologi Lengkap Kehilangan Pesawat #MH370


Pada 8 Mac 2014 seluruh negara dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah pesawat Boeing 777-200 milik syarikat pengangkutan Malaysia Airlines (MAS). Pesawat dengan kod perjalanan MH370 tersebut dalam perjalanan menuju ke Beijing daripada Kuala Lumpur (KLIA).

Tidak lama selepas itu, seluruh dunia mengetahui mengenai perkara ini dan ianya menjadi satu isu yang sangat besar kerana kes kehilangan ini melibatkan beberapa negara-negara besar lain yang mana rakyat mereka merupakan penumpang di dalam kapal terbang tersebut.

Kami di MyBuletin merakamkan perkembangan peristiwa ini dan memuatkannya didalam satu susur masa yang panjang. Anda boleh mengikuti setiap update terkini dengan refresh page ini untuk membaca berita-berita mengenai pesawat #MH370 yang baru diumumkan sama ada melalui media tempatan, ataupun media antarabangsa seperti BBC dan CNN.

Sebelum mengikuti berita-berita terkini mengenai misteri ini, anda sangat-sangat digalakkan untuk membaca terlebih dahulu detik-detik awal peristiwa ini serta beberapa maklumat penting yang berguna untuk memahami keseluruhan isi kejadian seperti yang dilaporkan.

1. Kronologi Pesawat #MH370 Hilang di Udara : KLIK SINI
2. Senarai Nama dan Maklumat Penumpang, Krew serta Juruterbang di dalam Pesawat tersebut : KLIK SINI
3. Punca Kehilangan Pesawat MH370 Menurut Kajian Pakar di Seluruh Dunia : KLIK SINI

Dan dibawah adalah perkembangan terkini yang dilaporkan oleh akhbar serta media-media sosial yang sumbernya boleh dipercayai. Segala informasi di bawah mungkin berubah-ubah dan kami di MyBuletin masih optimis dan percaya kesemua orang yang berada di dalam pesawat tersebut masih hidup. Sama-samalah kita berdoa dan kuatkan keazaman kita. Insyallah.

Kemaskini Berita Mengenai Pesawat MH370 Sejak Pertama Kali Dilaporkan Hilang

Berita Terkini Mh370 12 Mac 2014 - 14:17 petang

Berdasarkan laporan Harian Metro hari ini, sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang yang mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Kuala Linggi, Melaka :

Rakit penyelamat kapal terbang tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari, nelayan meminta bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

  • Nelayan nampak dengan jelas tulisan ‘boarding’ pada objek itu
  • Bagaimanapun, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat & turut gagal dinaikkan ke dalam bot APMM


Berita Terkini Mh370 11 Mac 2014 - 15:25 petang

Antara Berita terkini yang baru kami di MyBuletin terima yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Polis Diraja Malaysia, salah seorang daripada pemegang passport palsu adalah warganegara Iran sedang “mencari suaka” di Jerman kerana ibunya berada di sana.

Nama pemegang passport palsu tersebut, Pouria Nour Mohammad Mehrdad berumur 19 tahun yang mana berdasarkan siasatan remaja ini tiada kaitan dengan kumpulan pengganas. Gambar Pouria Nour Mohammad Mehrdad ada di bawah ini :

  • Pouria Nour Mohammad Mehrdad
  • Manakala seorang lagi individu juga warganegara Iran bernama Delavar Seyed Mohammad Redza, 30,  berumur 30 tahun.
  • Penyiasatan Malaysia MH370 juga sekarang ini sedang meneliti 4 aspek yang mempengaruhi kehilangan Malaysia MH370 termasuk faktor rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi.


Berita Terkini MH370 11 Mac 2014 - 8:06 pagi

Kami tertarik dengan butiran pendedahan Ketua Polis Negara KPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengenai passport palsu.

Antara yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara ialah 2 orang yang memegang dan menggunakan passpot palsu ini sebnarnya bukannya dari Xinjiang (Turkistan) seperti yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

MyBuletin terangkan lagi butiran pendedahan dalam bentuk yang lebih ringkas dan senang difahami :

  1. Mereka beli tiket penerbangan dalam masa sama di Pattaya
  2. Pada 28 Februari 2014, kedua-dua mereka ini telah mendarat di Doha
  3. Menaiki penerbangan MH370 Malaysia Airlines untuk ke Beijing
  4. Mereka merancang untuk ke Amsterdam dari Beijing
  5. Untuk pemegang passport palsu milik warganegara Itali, beliau transit di Denmark
  6. Manakala untuk pemegang passport palsu Austria warganegara Itali, beliau transit di Jerman
  7. Berita Terkini MH370 10 Mac 2014 - 18:16 petang
  8. Minyak MH370APMM sahkan keputusan minyak yang ditemui di Perairan Laut China Selatan, semalam negatif.

Ia adalah sampel banker fuel oil dan bukan digunakan oleh pesawat udara. Sumber : Berita TV3

Berita Terkini MH370 10 Mac 2014 - 16:51 petang

Berdasarkan info yang dikongsikan Sri Jegarajah, wartawan CNBC keputusan analisa bagi sample tumpahan minyak masih belum selesai lagi merujuk kepada jawapan Pemangku Menteri Pengangkutan…

Berita Terkini MH370 10 Mac 2014 - 14:42 petang

Sidang media terkini pada hari ini telah berlangsung sebentar tadi, di mana masih belum ada perkembangan positif bagi tragedi pesawat MAS MH370 yang hilang ini.

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin mengakui sendiri yang pasukan mereka sekarang cukup hairan dan bingung kerana belum menjumpai lagi bukti yang benar-benar kukuh untuk menyelesaikan misteri tragedi ini.

Dalam pada masa yang sama kerajaan China terus beri tekanan kepada pasukan Malaysia supaya mempercepatkan carian & misi menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

10 Mac 2014 - 13:23 petang

Zahid Hamidi menemplak Jabatan Imegresen & mempertikaikan bagaimana pintu utama masuk ke Malaysia sebegitu mudah bocor dan mahu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen (terutamanya Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).) berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi warganegara Itali dan Austria & menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.

“Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya


10 Mac 2014 - 11:46 pagi

Berita pesawat MAS MH370 hilang telah dibuat terus memberikan perkembangan positif, di mana seorang nelayan dari Kota Bharu, Kelantan telah buat laporan polis setelah Azid Bin Ibrahim & Pader Rohim selepas melihat kelibat pesawat terbang rendah sekitar 1:30 pagi 8 Mac 2014

10 Mac 2014 - 11:06 pagi

EKSLUSIF : Melalui sumber yang dikongsikan dari salah sebuah Forum Thailand yang terkenal & telah dimuat naik Andre Blumberg di laman Twitter, tiga Gambar salinan E-Ticket dua lelaki misteri yang menjadi penumpang kapal terbang MAS MH370 telah dibongkarkan dan didedahkan kepada umum.

Di mana 2 lelaki misteri penumpang kapal terbang MAS MH370 telah membayar tiket penerbangan KL Beijing tersebut menggunakan matawang Thai Baht melalui agen perlancongan Pattaya “Six Stars”!

Nampaknya, insiden pesawat MH370 ini semakin rumit dan memeningkan para pakar dan penyiasat dalam dan luar negara. Apakah sebenarnya yang berlaku ketika pesawat meluncur pada paras ketinggian 35,000 kaki itu? Masih belum terungkai….

10 Mac 2014 - 10:15 pagi
Beginilah pemandangan dari udara yang diambil terus dari Helikopter Tentera Udara Vietnam pada 9 Mac 2014.

Dikatakan 2 tumpahan minyak yang besar ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Sampel telah pun diambil, dan dijangka pada tengahari ini keputusan ujian analisa terhadap sampel tersebut akan mula diketahui tengahari atau petang ini. Nantikan kemaskini daripada kami…


P/S : Semakan kami MyBuletin di Bursa Malaysia menunjukkan saham Malaysia Airlines (MAS) terus menjunam sebanyak 16%.

Akan dikemaskini berita terkini & Latest Update MAS MH370 Malaysia Airlines. Sedang dikemaskinikan…

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top