Lagi 2 Objek Ditemui Adalah Milik Pesawat MH370 - PM Australia


'Lagi 2 Objek Ditemui Adalah Milik Pesawat MH370' - Perdana Menteri Australia, Tony Abbot | Kenyataan rasmi terbaru daripada Perdana Menteri Australia memberikan satu sinar harapan buat misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu.

Dua objek yang mungkin sangat berkait rapat dengan pesawat Boeing 777-200 Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.



Menurut laporan terkini AFP, pesawat P-3 Orion milik ketenteraan Australia telah dihantar ke kawasan di mana dua objek itu kelihatan.

Australia juga mengetuai pasukan pencarian khas di bahagian selatan Lautan Hindi.

Tony Abbot berkata, pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada satelit.

"Menurut penjelasan dan analisis pakar imej satelit di sini, dua objek tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pencarian telah dikenal pasti." katanya di Parlimen negara itu.

The Sydney Morning Herald turut melaporkan bahawa PM Australia, Abbot telahpun memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terbaru ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka akan mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.


Sumber Astro Awani.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top