Lelaki Biadab Buang Surah Yassin Di Dungun



 
 
Suspek yg dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di Dungun dan Kemaman sewaktu dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, dipercayai mempunyai masalah emosi yg tidak stabil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yg juga penganggur, berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Pahang.
Menurut beliau, hasil siasatan awal pihaknya, kereta tersebut masih digunakan suspek dan keluarganya memberitahu, suspek mempunyai masalah kecelaruan mental dan emosi yg tidak stabil.
“Bagaimanapun, kita masih lagi sedang mengesan suspek dan akan menyiasat sama ada dia atau orang lain yg melakukan perbuatan berkenaan, sebelum tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam.
Sinar Harian 29 Mac lalu menyiarkan mengenai seorang pemandu kereta yg dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, telah bertindak biadab kerana dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di sepanjang jalan yg dilaluinya.
Bagaimanapun, perbuatan pemandu yg menaiki kenderaan jenis Toyota Vios berwarna merah jambu itu dilihat oleh seorang jurutera dari sebuah syarikat di Kerteh yg juga dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu bersama keluarganya.
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Sementara itu katanya, pihak polis meminta orang ramai yg mempunyai maklumat tentang kes samun sebuah kedai telefon berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi, Kemaman untuk tampil membantu siasatan.
Menurutnya, kesemua suspek adalah lelaki Melayu dan kereta yg dinaiki suspek berkenaan dipercayai menghala ke arah jalan keluar dari Seri Bandi.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan menggunakan senjata.  
 
Kepada saksi mohon tampil berikan maklumat untuk memudahkan lagi kerja polis. Ingat walau apa sekalipun masalah kita sentiasalah bermunajat kepada Allah. 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top