Menarik Keluarga Dan Sahabat Kapten Zaharie Isu MH370



Semenjak insiden kehilangan pesawat MH370, media asing adalah media yg pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.
Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan menimbulkan persepsi NEGATIF dari rakyat dari luar negara kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.
Daily Mail, tabloid British yg berpangkalan di Britain merupakan akhbar yg paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Daily Mail semalam, menerbitkan artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yg mendakwa ayahnya banyak berubah beberapa minggu sebelum kejadian pesawat hilang.


Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut datangnya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah pembohongan yg amat teruk.
"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."
Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.
Dr. Ghouse, admin page itu yg merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yg berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yg diperlukan bagi menerukan tindakan mereka.
Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie tersebut. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yg lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yg mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.
Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yg amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yg menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.
Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita.
 
Namun apa pun yg terjadi marilah kita mendoakan keselamatan mereka semua.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top