Menarik Wanita Mulakan Larian Rentasi 12 Negara




Pelari solo wanita negara Suwaibah Md Nasir memulakan misi larian Laluan Sutera merentasi 12 negara di kedutaan Malaysia di sini.

Larian Laluan Sutera - Merentasi Laluan Pengembaraan Marco Polo (Larian Aroma) meliputi China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Crotia, Slovenia dan Itali.

Larian dijangka berakhir pada 3 Jun di Itali yg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri dijangka menyambut Suwaibah.

Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin melepaskan larian pada Ahad di kedutaan. Beliau mengucapkan selamat dan semoga berjaya kepada Suwaibah dalam misinya itu.

Suwaibah merupakan pelari wanita pertama Malaysia yg berlari secara solo lebih 1,111 kilometer merentasi Gurun Sahara di Mesir.

Beliau mencipta 10 rekod dalam Malaysia Book of Records.Larian Aroma dijangka yg terakhir baginya sebelum bersara.

Semoga berjaya kami ucapankan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top