MH370: Chef Wan Persenda Operasi SAR di Akaun Instagram


MH370: Chef Wan Persenda Operasi SAR di Akaun Instagram | Tindakan Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58 menimbulkan rasa tidak puas hati ramai terhadap beliau.

Dalam entri terbarunya itu, Che Wan berada di tepi pantai dan sedang bergambar bersama sekeping objek berwarna putih yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.


@chefwan58 : 2 object di Perth dan satu ni i ingat kan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang Mas.

Tapi setelah di teliti rupanya ianya sebahagian dari Pintu Jamban Rumah Cik Kiah di pantai Morib yg telah usang rupa nya..Adoi frustnya.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Pada pandangan anda, adakah wajar Chef Wan melakukan permohonan maaf secara terbuka? YA atau TIDAK? Sila berikan komen anda..

SUMBER: Astro Awani Online

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top