MH370: Terima Kenyataan, Upacara Pengebumian Akan Diadakan


Sehingga kini, sudah hampir sebulan kehilangan pesawat MAS MH370 dilaporkan tetapi usaha SAR masih belum membuahkan hasil menemukan bangkai pesawat atau serpihan pesawat yang disahkan berkaitan dengan pesawat malang tersebut.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar baru-baru ini mengumumkan pesawat MH370 Disahkan Berakhir di Lautan Hindi, yang ditafsirkan ramai pesawat tersebut terhempas dan tenggelam di dasar lautan luas itu.

Tetapi ramai dalam kalangan ahli keluarga terdekat juga sebilangan orang awam yang masih tidak mempercayai kenyataan yang dibuat oleh PM Malaysia tersebut sehingalah menimbulkan beberapa kekecohan di sebahagian kawasan.

Ada bermacam-macam teori juga yang muncul berkaitan kehilangan MH370 antaranya adalah Kemungkinan Pesawat Dirampas Oleh Amerika Syarikat untuk tujuan-tujuan tertentu.


MH370: Terima Hakikat dan Kenyataan, Upacara Pengebumian Akan Diadakan

LONDON - Keluarga penumpang China dinasihatkan berhenti menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sebaliknya menerima hakikat dan bersedia untuk upacara pengebumian.

Sebuah akhbar tempatan, China Daily dilaporkan menggesa keluarga penumpang berkenaan untuk menerima kenyataan bahawa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dan tiada yang terselamat.

China Daily turut menggesa keluarga penumpang untuk berhenti mengeluarkan kenyataan dan bertindak secara tidak rasional terhadap kerajaan Malaysia.

“Kita perlu memahami bahawa isu ini mungkin merupakan kejadian yang paling misteri dalam sejarah industri penerbangan awam di Asia,'' katanya. - Agensi

Laporan asal: Utusan Online

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top