Norish Karman Ingin Menjadi Penyanyi





Pelakon Norish Karman memberitahu dia mahu menumpukan kepada bidang nyanyian kerana bayaran yg diterimanya dalam bidang itu lebih tinggi berbanding lakonan.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 39, berkata, selain bayaran yg dianggapnya berbaloi, masa untuk mengadakan persembahan juga tidak begitu panjang & membolehkan dia pulang awal ke rumah untuk bersama anak-anaknya.

"Kadang-kala bayaran yg saya terima untuk mengadakan persembahan kurang daripada satu jam sama nilainya dengan berlakon dalam sebuah telefilem yg mengambil masa seminggu atau lebih untuk disiapkan.

"Alhamdulillah setakat ini undangan untuk mengadakan persembahan makan malam sentiasa ada & saya semakin yakin bergelar penyanyi," katanya kepada mStar Online.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top