Perasaan Sebenar Datuk Hishammuddin


Luahan hati 



Berjumpa dengan kaum keluarga penumpang pesawat MH370 adalah merupakan perkara yang paling sukar di dalam kehidupan saya.

Ini adalah luahan hati Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata perjumpaan dengan keluarga itu bukan sahaja memberikan kekuatan kepada mereka, tetapi turut memberikan kekuatan kepada dirinya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, ini merupakan perkara yang paling sukar dalam hidup saya.

“Kalau kita ketepikan teori konspirasi, spekulasi dan cerita tentang imej satelit, keluarga penumpang MH370 hanya mahu tahu di mana orang kesayangan mereka.

“Itulah satu-satunya jawapan yang saya tidak ada. Keluarga penumpang tersebut menghargai bahawa saya jujur memberitahu mereka hakikat itu dan ini memberi saya kekuatan untuk meneruskan pencarian ini untuk sehari lagi,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Everly hotel selepas bertemu dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Walaubagaimanapun, misi mencari dan menyelamat giat dijalankan lagi. Ayuh kita beramai-ramai mendoakan semuanya dalam keadaan selamat .

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top