Rita Rudaini Hanya Terima RM2,000 Daripada Aidil Zafuan


Dalam perkembangan terbaru kes tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak anak terhadap Aidil Zafuan, pemain bola sepak itu memberikan kenyataan kepada mahkamah yang beliau mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya itu.

Menurut Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012 dan dari jumlah RM2,000 itu beliau tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan sebagai nafkah kepada dua anak lelaki mereka.


“Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa) RM3,000,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.

Dan sekarang kita tunggu sahaja komen para pemerhati dunia hiburan yang berbaur kahwin tahu mewah, bayar nafkah anak tidak mampu. Eh.

In the other hand, tahniah kami ucapkan kepada Aidil dan selamat pengantin baru

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top