Siapa Fikir April Fool HARAM Disambut Perlu Baca Ini !


Hukum Sambut April Fool Adalah Haram. Ya, ianya jelas dan terang sekali. Tahniah dan syabas kepada anda yang masih berpegang dengan hukum sebenar menyambut April Fool adalah haram. Ianya diambil berdasarkan fatwa-fatwa daripada mufti serta hujah-hujah Ulama dunia yang menjelaskannya.

Pada tanggal 1 April setiap tahun, pastinya umat manusia cukup kenal dan terbiasa dengan sambutan April Fool di seluruh dunia. Walaupun ianya bukan budaya rakyat di Malaysia, tetapi sambutannya masih dirayakan segelintir masyarakat terutama bagi golongan-golongan muda.

Bagi yang tidak mengetahui, April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong kepada orang lain.

April Fool menimbulkan kekecohan dan perasaan tidak puas hati sesama manusia

Hukum Sambut April Fool

Berdasarkan perayaan atau sambutan April Fool di kalangan umat Islam, Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Sebab Sambutan April Fool Diharamkan Umat Islam


  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


Berdasarkan hadis dan penjelasan di atas, kita mendapati bahawa budaya atau sambutan April Fool adalah haram kerana jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Dalam masa yang sama, terdapat banyak juga pendapat yang mengharamkan perayaan dan sambutan April Foot dengan kaitan sejarah bermulanya zaman kejatuhan dan kegelaman umat Islam daripada puncak kegemilangan atas serangan bertali arus serta muslihat licik musuh-musuh Islam.

Sesiapa yang tahu mengenai sejarah tersebut dengan lebih tepat, mohon kongsikan bersama para pembaca lain di bahagian komen di bawah. Terima kasih.

Klik button LIKE dan TWEET dibawah untuk berkongsi dengan saudara muslim yang lain, agar kita sama-sama berada dalam redha Allah setiap masa. Insyallah

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top