Terhempas di Lautan Hindi, PM Najib Razak Sahkan Tiada Mangsa Terselamat


Perkembangan terkini kehilangan Pesawat MAS MH370:

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.


Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

#‎MH370‬
PM Najib Razak has confirmed that MAS flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean, according to new data from INMARSAT and AAIB.

Siaran media tergempar yang memaklumkan perkara ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang boleh ditonton secara langsung melalui siaran TV1, dan Astro Awani.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita berikan sokongan moral dan semangat buat mereka semua.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top