UNIK: Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur, Malaysia


Acara pameran seni hiasan menggunakan bra wanita besar-besaran telah diadakan di beberapa buah pasaraya besar terkenal di Malaysia iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu lagi di Pulau Pinang.

Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur, Malaysia

XIXILI menganjurkan pameran Bra Art ini sebagai simbol memperkasakan wanita dalam masyarakat. Dan tahun 2014 mereka meraikan tahun ke-10 Bra Art dengan menggunakan khidmat pereka seni terkemuka iaitu Louise Low.


Pameran XIXILI Bra Art ini diadakan serentak di tiga lokasi berbeza iaitu di 1 Utama, dan Midvalley Megamall yang terletak di Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang, pameran ini boleh dilihat di Queensbay Mall.

Kepada mana-mana penggemar pakaian dalam jenama XIXILI boleh berkunjung ke salah satu pasaraya yang dinyatakan untuk melihat pameran ini, acara ini juga terbuka kepada semua pengunjung yang datang ke outlet mereka.

Hasil seni Louise Low sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri, dan beliau sudah berjaya menempa nama sebagai seorang karyawan yang bijak dan kreatif. Louise mendapat pendidikan di salah sebuah Universiti terkemuka di luar negara.




Rekaan bra paling unik dan menarik perhatian para pengunjung ialah sebuah arca Ikan Jerung yang diperbuat daripada Bra (coli wanita) sahaja dan ianya nampak sangat realistik.


Selain pameran Bra Art besar-besaran ini, XIXILI juga mengambil peluang untuk memperagakan rekaan bra terbaru mereka dengan pelbagai tema baru dan lebih segar.

Para pelanggan setia boleh melakukan pembelian untuk rekaan baru pakaian dalam tersebut di outlet XIXILI yang berdekatan.






Gambar diambil daripada Facebook Louise Low. TQ

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top