ADUN Paloh Terlibat Kemalangan Maut di Cameron Highland


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera ringan manakala isterinya, Datin Maziah Din maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi di kilometer 24 Keramat Pulai dekat Cameron Highlands.

Berdasarkan maklumat diterima, kenderaan yang dipandu sendiri Nozula dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.


Kenderaan itu dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.

Beliau kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan.


Bagaimanapun isteri beliau dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Sama-sama kita mendoakan untuk kesihatan Datuk Nozula, dan sedekahkan al-fatihah kepada isterinya yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top