Alamak Anuar Zain Buat Kontrovesi Panas




Penyanyi popular, Anuar Zain pada Selasa membuatkan ramai peminat menjadi tidak keruan ketika muncul dlm persembahan istimewa sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor.

Semuanya gara-gara pelawaan Anuar yg mengajak peminat-peminatnya untuk berselfie bersama-sama. Lebih menarik, Anuar turut membawa monopod dan kamera Go Pro keliling dewan untuk merakamkan saat-saat indah bersama peminat.

Setiap kali Anuar turun ke bawah pentas, suasana menjadi gamat dengan jeritan peminat yg berlumba-lumba mendapatkan Anuar untuk bergambar bersama. Bahkan peminat-peminat saling mencemburui apabila Anuar meluangkan masa agak lama di sesuatu sudut sehingga ada satu ketika Cheryl Samad yg bertindak sebagai pengacara majlis terpaksa masuk campur kerana keadaan menjadi agak tidak terkawal.

Bagaimanapun, kami kagum dengan kesabaran dan kemesraan Anuar melayan kerenah peminat-peminatnya yg seakan-akan lupa diri. Anuar bijak mengambil hati dengan cuba bersikap adil dan sentiasa mengukir senyuman. Mungkin itulah pesona Anuar yg sehingga kini sukar ditandingi oleh mana-mana penyanyi lelaki lain.

Persembahan yang diberi nama 'Terindah… Anuar Zain' itu dimulakan dengan hidangan makanan tengahari yg terdiri daripada set makanan barat yang merupakan pilihan Anuar sendiri. Hanya kira-kira jam 2.30 petang barulah Anuar menunjukkan kelibat dengan menyampaikan lagu 'Keabadian Cinta'.

Ketika ini, peminat Anuar sudah tidak lagi mempedulikan hidangan pencuci mulut yg terhidang di atas meja, sebaliknya pandangan terus terarah ke atas pentas bagi menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi. Malah, ramai juga yg berlari ke hadapan pentas untuk merakam gambar atau video Anuar.

Selesai menyanyikan tiga lagu, Anuar mula bersembang dengan peminat-peminat. Pada saat ini jugalah dia membangkitkan mood berselfie. Setelah itu, adik kepada Ziana Zain ini meneruskan persembahan dengan beberapa lagu lagi termasuklah satu lagu baru yg bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang berjudul 'Kembali Padamu Ilahi'. Jelas Anuar lagu itu dicipta oleh Allahyarhamah Dalilah Tamrin, seorang pesakit kanser payudara semasa hayatnya.

Sementara itu, persembahan yg diatur sendiri oleh Anuar Zain Network ini juga diwarnai dengan beberapa kejutan seperti peminat dihadiahkan dengan sekuntum bunga setiap seorang serta mendapat produk penjagaan kulit L'Occitane.

Acara yang mengambil masa kira-kira empat jam ini menyaksikan Anuar Zain menyampaikan 12 buah lagu keseluruhannya. Seperti persembahan Minggu Setiausaha Anuar terdahulu, persembahan kali ini turut diakhiri dengan sesi eksklusif bersama peminat yg membeli tiket VVIP dan VIP.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top