Alamak Kapten Orang Pertama Tinggalkan Feri?




Kapten feri di Korea Selatan yg membawa 477 penumpang itu juga didakwa tidak mengemudikan kapal tersebut ketika ia karam, kata penyiasat.

Difhamkan kapten ketiga mengemudikan feri tersebut ketika tragedi itu berlaku, kata pegawai penyiasat ketika sidang media, dan kapten feri tersebut mungkin tidak langsung berada bilik kawalan.

"Dia mungkin tidak berada dalam bilik kawalan...individu yg mengemudikan feri tersebut merupakan kapten ketiga," kata penyiasat.

"Ketika tragedi itu berlaku, Kapten feri itu tidak menerajuinya," katanya.

Pendedahan juga dibuat bahawa Kapten Lee Joon-Seok, 68, bertindak lambat setengah jam selepas isyarat kecemasan dihantar, dijangka lebih banyak nyawa dapat diselamatkan jika dia bertindak lebih cepat.

Oh Yong-Seok, seorang jurumudi dengan pengalaman 10 tahun berkata, apabila anak-anak kapal berkumpul di bilik kawalan dan menghantar israyar kecemasan, kapal sudah berada pada tahap kritikal.

Kira-kira setengah jam selepas semua penumpang diarahkan berada di tempat sepatutnya, Joon-Seok akhirnya memberi arahan supaya meninggalkan kapal, Kata Yong-Seok, sambil menambah dia tidak pasti apakah belaku kekeliruan dan huru-hara jika arahan itu dikeluarkan kepada penumpang.

Beberapa penumpang yg selamat memberitahu, mereka tidak mendengar apa-apa arahan.

Ketika arahan dikeluarkan, adalah mustahil untuk anak-anak kapal untuk ke bilik penumpang bagi membantu mereka kerana feri itu telah mula condong, katanya.



Difahamkan kelewatan mengeluarkan arahan menyebabkan bot penyelamat juga lambat dikerahkan.

Difahamkan tragedi ini telah mengorbankan 25 nyawa, namun jumlahnya dijangka meningkat kerana kira-kira 270 penumpang masih hilang. Setakat ini hanya 179 dilaporkan terselamat.

Sebahagian daripada 325 penumpang adalah pelajar Sekolah Tinggi Danwon berhampiran Seoul.

Daripada 29 anak kapal , 20 orang termasuk Joon-Seok, terselamat. Selepas tragedi itu, Joon-Seok memberi penerangan ringkas melalui satu rakaman video, yang mana wajahnya disembunyikan.

"Saya mohon maaf dan amat malu," katanya. "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan."

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top