Apakah Kaitan Penolong Pengetua Mati Tergantung Dengan Feri Karam?




Polis di pulau Jindo berkata mayat Kang Min-Kyu yg berusia 52 tahun ditemui berdekatan sebuah gimnasium di mana keluarga 268 mangsa yg masih hilang ditempatkan.

"Punca kematian masih disiasat," kata polis kepada AFP.

Agensi berita Yonhap yg memetik kenyataan polis berkata mangsa ditemui menggantung diri di sebuah pokok dan dipercayai membunuh diri.

Seramai 475 orang berada di dalam feri tersebut sewaktu ia karam pada pagi Rabu, 352 orang daripadanya ialah pelajar Sekolah Tinggi Danwon di Ansan selatan Seoul.

Mereka dalam perjalanan untuk bercuti di destinasi percutian popular di pulau Jeju.

Penolong pengetua itu merupakan salah seorang daripada 179 orang yg berjaya diselamatkan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top