Apakah Mesej Kedua Oleh Pramugari MH370




Menerusi klip video itu, Farisha bercerita ringkas tentang rakan sekerjanya yg masih belum ada sebarang khabar berita selepas 42 hari gerakan mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi gagal menemukan sebarang bukti kedudukan pesawat itu.

Farisha memulakan bicara dengan memperkenal diri dan bidang tugasnya yg bekerja rapat dengan kru MH370 diikuti pengalaman peribadinya dengan Ketua Pramugara Andrew Peter Nari dan Pramugari Utama Tan Ser Quin.

“Tan Ser Quin suka tanya orang tentang warna gincunya kerana pada dia gincu semua orang nampak cantik namun tidak pada dirinya. Saya kata tentulah, sebab kulit awak cerah tetapi saya gelap, kalau kita pakai warna (lipstik) sama akan terhasil pembayang berbeza,” katanya.

Menurutnya, kenangan terakhirnya bersama Andrew ketika ketua pramugara itu mengurut bahunya kerana dia tidak sihat dan Andrew turut dipanggil menggantikannya tempatnya dalam penerbangan, Januari lalu.

“Sebenarnya kami saling memerlukan antara satu sama lain, kami menjaga sesama sendiri dan saling memberi sokongan. Paling penting, ketika bertugas kami menyambut hari jadi dan (sebarang sambutan) ulang tahun bersama kerana kami tidak dapat menyambutnya dengan ahli keluarga.

“Saya faham apa yg dialami ahli keluarga (kru) MH370 alami sekarang,” katanya sambil mengelap air matanya.

Menurutnya, penumpang lain juga memahami apa yg dihadapi kru penerbangan MAS di mana ada yg memberi kad yg bertulis kata-kata perangsang selain ada yg mengucapkan kata-kata semangat.

“Pada hari pertama insiden (kehilangan pesawat 8 MH370), ada penumpang wanita yg melepaskan begnya dan memeluk saya kerana dia tidak tahu apa yg hendak diucapkan. Bimbang jika dia ucapkan sesuatu bakal melukakan hati saya. Kami berpelukan dan menangis di muka pintu pesawat,” katanya.

Farisha berkata, tragedi MH370 juga membuatkan hubungan antara kru kabin baik yg masih bertugas mahupun telah lama berhenti, kembali rapat. Menurutnya, ada bekas kru kabin yg tiada khabar berita selama 10 hingga 20 tahun datang menemui mereka dan ahli keluarga petugas MH370 untuk memberi semangat serta menenangkan mereka.

“Mereka (bekas kru kabin) juga memberi sokongan moral kepada kru kabin yg akan terbang dan kru kabin tidak pernah serapat ini sebelum ini,” katanya menutup bicara.

Penerbangan MH370 yg membawa 239 penumpang dan kru dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang tanpa jejak pada awal pagi 8 Mac lalu. Gerakan mencari pelbagai negara dijalankan di Laut China Selatan sebelum operasi diperluaskan ke koridor utara hingga Kazakhstan dan koridor selatan ke Lautan Hindi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top