Barista Jibby & Co Panas Bontot Selepas Pelanggan Kritik Harga


Dunia kini semakin maju dengan pelbagai teknologi terkini. Ramai orang sekarang ini suka berkongsi maklumat di laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram mereka. Antara perkara yang dikongsikan termasuklah perkara menarik yang dilakukan semasa cuti, pengalaman bercuti di tempat-tempat menarik, pandangan mengenai sesebuah servis dan sebagainya.

Untuk pemilik perniagaan yang bijak, mereka akan melihat review daripada pelanggan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka supaya para pelanggan dapat memberikan review yang lebih baik, dan seterusnya mampu menjadi sumber pemasaran yang murah dan menjimatkan.

Malangnya, ia tidak berlaku kepada Jibby & Co selepas Barista (pekerja) mereka mengendalikan pandangan pelanggan mereka dengan cara yang teruk dan sangat negatif.


Seorang pelanggan mencuba minuman di Jibby & Co dan seterusnya memberikan pandangannya terhadap kedai tersebut. Pelanggan tersebut menyatakan bahawa coffee di kedai itu biasa-biasa sahaja tetapi malangnya harga bagi secangkir kopi itu dirasakan agak tinggi baginya.


Tiba-tiba muncul seseorang membalas kenyataan tersebut dengan agak pelik sekali. Daripada komen yang diberikan, ternyata dia tidak dapat menerima review jujur berkenaan dan menunjukkan seperti dia diupah untuk menyerang mana-mana review buruk mengenai Jibby & Co. Betul ke? Teruskan pembacaan anda..




Tidak cukup dengan menyerang instagram orang lain secara membabi buta, lelaki lemah lembut tetapi tiada otak tersebut bertindak memanggil bantuan daripada rakannya untuk sama-sama mempertahankan kedai Jibby & Co tercinta.


Kami tidak pasti bagaimana isu ini berakhir tetapi bagi kami seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana setiap pelanggan ada hak untuk memberikan review mereka terhadap mana-mana servis yang pernah mereka langgan.

Kalau tidak mahu pelanggan memberikan komen negatif, adalah lebih baik bagi pemilik syarikat untuk memastikan bahawa servis mereka adalah yang terbaik sekali. Kalau berikan servis yang teruk tetapi mengharapkan komen yang bagus, lebih baik berhenti saja daripada berniaga sebaliknya jadi kera duduk dalam hutan. Boleh kan?
Anda pula bagaimana, ada pengalaman buruk gara-gara berkongsi pandangan dan review mengenai sesebuah restoran di laman sosial? Sudikanlah berkongsi dengan kami semua di sini ya...

UPDATE: (maklumat oleh pembaca MyBuletin)
  • lelaki tersebut bukanlah barista Jibby & Co.
  • pihak pengurusan tertinggi Jibby & Co tiada kaitan dengan perkara ini, hanya sekadar komen sembang kencang dan bodoh budak lepasan sekolah di laman sosial.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top