Daging di JEPUN Dibuat Dari Tahi Manusia, Dipercayai Sangat Berkhasiat


Jika kita makan di mana-mana restoran barat, pastinya kita akan dihidangkan dengan hidangan daging steak yang sedap dan menyelerakan. Tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita yang sebenarnya daging tersebut diperbuat daripada bahan yang sangat memualkan, iaitu Najis Manusia.

Ya, di negara Jepun masyarakat mereka sudah mula memakan makanan yang dimasak hasil pemprosesan semula daripada tahi-tahi dan najis manusia yang dibuang. Menurut saintis di sana, tahi yang dijadikan makanan tersebut sangat berkhasiat kerana tinggi protein dan zat-zat lain.

Selain itu, pembuatan makanan daripada tahi juga dapat mengatasi beberapa masalah lain. Jom baca artikel penuh mengenainya di bawah ini:


Orang Jepun makan resepi tahi elak pencemaran kumbahan.

Saintis dari Okayama Laboratory, Mitsuyuki Ikeda yakin bahawa terdapat banyak sumber protein yang bagus terkandung dalam tahi manusia yang mampu memberi manfaat.

Disebabkan itu, dia telah mencari jalan untuk mengekstraknya, mencampurkannya dengan sos steak, dan akhirnya berjaya membuat tahi itu menjadi makanan. 

Idea yang telah dijalankan ini adalah terhasil daripada permintaan kerajaan Tokyo sendiri.

Untuk sedikit info, Tokyo saat ini mewah dengan sisa najis bawah tanah, dan salah satu caranya untuk mengatasi masalah ini selain membuang ke laut adalah dengan memakan sisa najis tersebut. Ikeda mendapati bahawa kotoran-kotoran tersebut dipenuhi protein kerana mempunyai banyak kandungan bakteria. 

Setelah digabungkan dengan peringkat reaksi dan menempatkannya dalam mesin ajaib yang disebut 'exploder', akhirnya steak buatan berjaya dibuat.

Lumpur kotoran itu mengandungi 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus vitamin yang larut dalam lemak, serta 9 peratus mineral. Steak buatan yang telah dihasilkan juga mempunyai warna yang merah.


Ini bermakna pengguna tidak akan dapat mengetahui ianya merupakan najis olahan. "Melalui ujian pertama, individu yang telah mencuba najis olahan tersebut berkata, rasanya seperti daging lembu," kata Ikeda, seperti dipetik dari Digital trends.

Menurut Ikeda dan rakan-rakannya, cara ini merupakan jalan penyelesaian yang sempurna untuk mengurangkan jumlah sisa dan pelepasan dari perut. 

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan terhadap penyelesaian yang telah dilakukan Ikeda iaitu bayaran untuk menghasilkan daging buatan itu adalah 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding dengan harga daging lembu sebenar.

Jadi bagaimana, mahukah anda cuba sendiri resipi makanan daripada najis manusia ini?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top