Demi Zizan, Emma Maembong Rela Berkahwin Di Usia Muda Remaja


Selepas tersebarnya video yang sangat trending mereka, pasangan bahagia ini akhirnya mengaku secara terbuka bahawa mereka sebenarnya dalam hubungan serius sebagai pasangan kekasih. Mungkin ada lagi dalam kalangan anda yang belum menonton video tersebut, boleh klik Video Zizan Panggil Emma Maembong 'Sayang' (klik)

Zizan Razak dan Emma Maembong semakin hari dilihat semakin rapat dan serasi. Mereka juga tanpa segan silu berkongsi gambar-gambar serta video romantik di laman sosial Instagram masing-masing, selain berbalas ucapan sayang dan rindu sesama mereka. Kami pasti ramai jejaka diluar sana yang cemburu dengan Zizan kerana berjaya memikat hati gadis secantik Emma Maembong.

Terbaru, Emma mengaku tidak kisah untuk berumah tangga pada usia yang sangat muda iaitu 22 tahun, asalkan dia dapat berkahwin dengan kekasihnya, Zizan Razak.


Walaubagaimanapun, menurut Emma sendiri teman lelakinya itu masih belum membawa nya berjumpa dengan kedua ibu bapa Zizan untuk berbincang mengenai hubungan mereka, sama ada mahu terus menjadi suami isteri yang sah ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, Zizan pernah mengeluarkan pengakuan bahawa dia akan menikahi Emma Maembong selewat-lewatnya setahun daripada sekarang selepas mengenali hati budi Emma dengan lebih mendalam lagi.

BACA: Zizan Mengaku Akan Nikahi Emma Akhir Tahun Ini

Sebagai peminat dan pemerhati dunia hiburan, kami pastinya sangat teruja untuk melihat Zizan dan Emma mengakhiri zaman percintaan mereka dengan segera melalui hubungan sah suami dan isteri. Bukan apa, Emma gadis yang cantik sayang kalau Zizan tunggu lama-lama takut perkara buruk pula yang berlaku. Lagipun, tidak manis dipandang orang kalau asyik bercinta sakan tanpa pertalian yang halal.

Tak gitu?

Apapun, terpulang lah kepada mereka berdua sebagai tuan punya badan. Kami di sini hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Emma Maembong dan Zizan Razak. Nanti kalau sudah merancang dan ada tarikhnya, sudi-sudilah jemput kami hadir majlis itu ya.

Kami yakin majlis tersebut mesti meriah dan gilang-gemilang memandangkan Zizan dan Emma merupakan selebriti popular dengan jumlah peminat yang tersangatlah ramai di Malaysia ini.

p/s: adakah Zizan Razak merupakan lelaki paling bertuah di Malaysia ketika ini?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top