Fizo Omar Beri Amaran Kepada Orang Ramai


Selepas satu rampasan yg dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yg bersetuju dan tak kurang ramai yg membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi saya ia satu langkah yg harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yg tidak bersetuju dengan rampasan tersebut.



Antara komen-komen yg diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah “Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya“, “Fizo tanggung dosa bini” dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yg sudah berhijrah untuk bertudung."



Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yg sudah bertudung kerana Fareeda.Saya tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-

" Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yg saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yg tidak berpuas hati .

Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yg lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yg bersesuaian dengan mereka.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yg dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yg labuh "

Ini semua adalah asam garam dalam perniagaan. Biasalah cemburu sebegini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. Jangan melatah kuat sangat. Kena bersikap profesional. kami percaya populariti Fareeda tidak akan tenggelam kerana kontroversi murahan ini. Teruskan perniagaan anda dan semoga mencapai sasaran yg dikehendaki tahun ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top