Gambar Afgan Dicium dan Dipeluk Peminat Wanita di PICC


Kalau sebelum ini kita selalu mendengar penyanyi Anuar Zain dikerumuni peminat fanatiknya terutama di persembahan eksklusifnya seperti malam makan malam koporat atau persembahan sempena Minggu Setiausaha. Situasi sama juga turut dilalui penyanyi kelahiran Indonesia, Afgan.

Malam tadi, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), telah berlangsungnya persembahan penyanyi berusia 25 tahun ini sempena minggu Setiausaha 2014, 'Seceteries Week@PICC'.

Dan satu momen yang mencuri perhatian sekalian penonton ialah diketika jejaka yang nama sebenarnya Afgan Syah Reza ini mendendangkan lagu 'Jodoh Pasti Bertemu', tanpa diduga meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipinya. Menyambut mesra ciuman dari peminat berkenaan, lantaran penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.


Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, 'Panas Asmara', Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminat. Namun belum sempat dia 'melawat' dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuni dirinya.

Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, pada pemerhatian penulis, persembahan nyanyian live Afgan hanyalah biasa-biasa sahaja.

Sayang sekali, komunikasi Afgan dengan peminat juga kurang. Membuat persembahan dalam masa lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang didendangkan seperti 'Pesan Cinta', 'Bawalah Cinta' dan 'Terima Kasih Cinta'.

Sebelum itu ditampilkan penyanyi Jazz yang tidak asing lagi, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan. Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil empat bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lau seperti 'Natural Woman', medley 'Rolling in the Deep' dan 'Set Fire to the Rain', 'Tinta Putih', 'Cinta Sejati' serta medley 'Happy' dan 'You to Me Are Everything'.

Majlis juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah dan acara tamat pada kira-kira jam 11.15 malam.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top