Gambar Mayat Hancur: Ini Respon Datin Seri Rosmah Mansur


Sejak semalam lagi, laman sosial facebook, dan twitter digemparkan dengan penyebaran sekeping gambar mayat ayam yang disuntingkan dengan wajah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Gambar itu disebarkan oleh Syed Saifullah di akaun facebook miliknya sehingga menerima kecaman hebat dari pengguna-pengguna facebook lain malah turut dikongsikan oleh ramai blogger.

Ternyata perbuatan tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan.


Rosmah yang dimaklumkan tentang perkara tersebut bertindak memberikan respon menerusi page Tun Dr Mahathir yang berbunyi berikut :-

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - DS Rosmah Mansor"


Nampaknya, Rosmah Mansor tidak begitu melayan tindakan remaja itu termasuk tidak berniat untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis.

Terselamatlah Syed Saifullah untuk kali ini namun beliau pastinya terus dikritik orang ramai jika masih meneruskan perbuatan kurang bijak itu.

Pada kami di MyBuletin, Syed Saifullah tidak perlu bertindak melampaui batasan. Kalau ikutkan beliau sudah boleh didakwa dan disaman atas perbuatan fitnah tersebut. Komen korang pula bagaimana?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top