Gempak! Video Trailer Filem Abang Long Fadil Tampil Berbeza


Ramai yang meluahkan rasa tidak senang apabila pengarah muda, Syafiq Yusof mahu mengarahkan filem terbaru keluaran SKOP Production dalam genre sama yang pernah dibuat oleh abangnya Shamsul Yusof iaitu kisah mengenai 'gangster'.

Walaubagaimanapun selepas video trailer rasmi filem Abang Long Fadil dimuat naik untuk tuntunan umum di YouTube, ramai yang teruja untuk menonton filem ini dipawagam Mei nanti kerana ianya bakal menyajikan sisi berbeza.


Dalam video trailer tersebut, ianya memaparkan aksi berlawan yang lebih segar di samping elemen lawak yang berjaya di inovasikan supaya ianya tidak membosankan penonton yang melihatnya.

Filem Abang Long Fadil membariskan pelakon-pelakon hebat, serta pelawak-pelawak terkenal sebagai teraju utama termasuklah Zizan Razak, Aaron Aziz, Kamal Adli, Sofi Jikan, Syamsul Yusof, Yassin Senario dan juga Tauke Jambu.

Filem yang bergenre komedi aksi ini membawa kesinambungan daripada kisah KL Gangster apabila sahabat baik Abang Long Fadil, Malik (lakonan Aaron Aziz) telah ditahan dalam penjara.


Berbeza sedikit daripada kisah KL Gangster yang lebih serius, filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil yang mahu menjadi samseng sehebat Malik dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).
Ramai penonton cukup teruja dengan trailer ini, terutamanya pada bahagian sebuah Transformer melompat melewati Zizan Razak di akhir video ini.

Tayangan filem Abang Long Fadil ini akan dibuat serentak di seluruh Malaysia pada tanggal 29 Mei 2014 dan dijangka akan mampu mengatasi rekod kutipan tertinggi filem-filem Skop Production sebelum ini.

Penghasilan filem ini juga diteliti sepenuhnya untuk mengelakkan daripada insiden buruk filem KL Gangster 2 dicetak rompak tidak akan berlaku lagi.

p/s: kami di MyBuletin tidak sabar-sabar nak menonton filem ni, sure meletopz!

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top