Hanya Denda Buat Saiful Apek


Mahkamah Tinggi di Shah Alam, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular Saiful Apek sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yg melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, empat tahun lalu.




Hakim Datuk Nurchaya Arshad turut menjatuhkan hukuman yg sama terhadap tiga lagi tertuduh, yg juga pekerja di syarikatnya, Gitu-gitu Production, iaitu Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30.

Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani enam bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan serta menjalani perintah pengawasan selama 3 tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 mlm, 12 Jun 2010.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yg membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top